Dua minggu telah pun berlalu selepas alam persekolahan 2017 kick off......Barulah dapat update blog. Huhuhu...sibuk amek2.
Alhamdulillah..insiden airmata tak lah seteruk mana....hanya 2~3 pelajar sahaja yang menunjuk emosi sedihnya. Kenalah bagi umpan tanyangan gambar kesukaan masing-masing, sementara kakitangan tadika berurusan dengan ibu bapa. Selepas sehari dua...masing2 dah OK....serasi bersama.
Tak kurang juga yang excited, sehinggakan merayu ibunya supaya pulang...."Tak payahlah ibu tunggu....pegilah balik". Hihihi, kecik-kecik dah pandai berdikari.
Minggu ni kecerian dan keseronokan dah mula berputik di kalangan pelajar. Kami selitkan aktiviti moto kasar sebagai platform untuk anak-anak didik Al-Anfal lebih ceria......
Jom layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan