Hari ni, tanggal 14 Rabiul Akhir 1438H bersamaan 12hb Jan 2017, mesyuarat yang pertama bagi 2017 telah diadakan bersama AJK Al-Anfal. Ada beberapa usul telah dibentangkan bagi memastikan kelancaran program pendidikan 2017 dapat dilaksanakan. Faktor ruang belajar juga dipertimbangkan memandangkan pertambahan murid pada tahun ini yang amat memberansangkan. Terima kasih pada ibu bapa yang masih memberi kepercayaan kepada Al-Anfal untuk membimbing anak-anak mereka.
Program ukhuwah antara AJK, guru-guru dan ibubapa juga dalam perancangan. Kualiti pendidikan anak-anak juga dipertimbangkan bagi memastikan tidak tergelincir dari landasan pendidikan yang ditetapkan oleh jabatan.
Semoga Allah mempermudahkan kami dalam merealisasikan apa yang telah dibentang dan dirancangkan bagi tahun 2017. Apa-apa pun, kami redho dengan ketentuannya. Yang paling utama, AMANAH yang guru-guru Al-Anfal pikul dan TANGGUNGJAWAB yang digalas oleh AJK sebagai tulang belakang dapat dilaksanakan bagi memastikan matlamat ibu bapa melihat anak-anak mereka menjadi insan soleh dan solehah yang berilmu.
Tu diaa....Pengerusi dan AJK sedang fokus dalam topik yang dibentangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan