Dengan izin Allah, Majlis Ihtifal 2015 berlangsung seperti yang dijadualkan. Kali ini, Dewan Aspirasi Lavender Height dipilih sebagai venue bagi menyempurnakan acara tahunan yang menjadi kewajipan dalam menterjemahkan penghargaan ke atas usaha anak-anak.
Ia adalah saat kemuncak anak-anak di alam pendidikan awal dalam mempersiapkan diri mereka sebelum mereka melangkah ke alam pendidikan yang lebih mencabar.
Sudah menjadi matlamat seorang guru ingin melihat anak didik mereka mempunyai bekalan yang dapat menampung keperluan akademi dan sahsiah diri dalam menempuh alam yang lebih matang.
![]() |
Majlis diserikan dengan mesej yang disampaikan oleh tetamu kehormat |
Seperti kebiasaannya, anak-anak menyampaikan persembahan mereka. Macam-macam ragam yang dipersembahkan sebagai menu tontonan bagi tetamu yang hadir. Ada yang akur mengikut arahan seperti yang dilatih dan tak kurang juga ada yang berubah kerakter setelah berada diatas pentas. Apa-apa pum, ia hanya satu resepi dalam menghidupkan majlis ini.
Acara yang menjadi satu kewajipan, iaitu penyampaian sijil kepada anak-anak yang terlibat.
Akhir kata, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua guru-guru dan individu-individu yang terlibat dalam menjayakan acara tahunan yang bersejarah ini.
Tahniah.Tadika mengorak langkah menyantuni ummah dalam pendidikan awal kanak - kanak.Merealisasikan pendidikan Islam untuk ummah.Semuga diberkati dannterus maju.
BalasPadamTahniah.Tadika mengorak langkah menyantuni ummah dalam pendidikan awal kanak - kanak.Merealisasikan pendidikan Islam untuk ummah.Semuga diberkati dannterus maju.
BalasPadam