25hb Disember 2016, adalah hari terakhir persekolahan.......so, pihak tadika merancang mengadakan jamuan akhir tahun bagi meraikan ulangtahun kelahiran anak-anak didik yang tarikh ulangtahun jatuh pada bulan November dan Disember.





Juga sempena majlis perpisahan Cikgu
Rashidah yang akan menamatkan perkhidmatannya bersama Tadika Al-Anfal.
Pihak tadika mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada beliau diatas khidmat yang telah beliau curahkan sepanjang
bersama dengan Tadika Al-Anfal.
Terima kasih juga kepada para AJK yang hadir memeriahkan jamuan tersebut.
Juga terima kasih buat ibu kepada salah seorang anak didik kami yang menghadiahkan cenderamata buat kami. Kami tidak mengharapkan apa2 balasan tapi penghargaan tersebut cukup bermakna buat kami.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan