Lagi satu program tahunan tadika yang ditunggu-tunggu sebahagian besar anak-anak tadika.......rombongan lawatan "yeaaa....".
Inilah peluang bagi anak-anak menimba pengalaman baru dimana mereka dengan rakan sebaya berkunjung ke destinasi-destinasi menarik tanpa ibu bapa mereka.
Tahun ini, kilang roti Gardenia dan Beryl's mejadi pilihan.
Seramai 45 peserta termasuk guru menyertai program lawatan kali ini. Destinasi yang pertama ialah kilang roti Gardenia yang terletak di Persiaran Sabak Bernam.
Pada mulanya, sesat juga dibuatnya untuk mencari kilang tersebut. Tapi akhirnya jumpa juga tempat yang disasarkan.
Rombongan kami disambut oleh pegawai yang bertugas dan acara bermula dengan menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak kilang. Huhuhu...ngeteh dulu le...
Setelah selesai, kami dibawa masuk ke bilik taklimat......dan seterusnya kami dibawa masuk ke kawasan pemprosesan roti. Kami tidak dibenarkan untuk merakamkan apa2 gambar. Tak dapatlah nak dikongsikan apa yang kami dapat lihat.
Diakhir lawatan, kami diberikan cenderamata seorang satu. Tak dapat membeli-belah disni kerana gerai jualannya terletak di tempat lain.
Setelah selesai, kami bergerak ke destinasi seterusnya. Dalam perjalanan, kami singgah di masjid sebelum meneruskan perjalanan. Terima kasih pada pemandu bas sebab berusaha mencari lokasi masjid, walupun berpusing-pusing dibuatnya...hihihi.
Kami terlewat tiba di kilang Beryl's, tapi rombongan kami tetap diterima masuk.
Segmen yang dinanti-nantikan ialah, membeli seberapa banyak coklat untuk dibawa pulang. Dengan wang yang dibekalkan oleh ibubapa, guru-guru cuba menguruskan pembelian bagi semua anak-anak tadika.
Setelah selesai, kami bergerak pulang ke tadika. Dalam perjalanan pulang, ramai yang terlena keletihan kerana terlalu seronok.
Alhamdulillah, semuanya dalam kawalan dan terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat dalam program lawatan kali ini.
Pada ibubapa, bersiap sedialah mendengar celoteh anak-anak sebagai halwa telinga...mungkin sehari dua kut,,,,,,hihihi.
Sila rujuk pada ruangan Galeri untuk rakaman gambar yang selebihnya........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan