Khamis, 26 Januari 2017

Sambutan Maulud & Ulangtahun Kelahiran Anak2 Al-Anfal

Walaupun hari yang bersejarah dah pun berlalu, demi untuk mendidik anak-anak memperingati Baginda Rasulullah SAW, majlis sambutan Maulidurrasul diadakan serba ringkas.  Kami berarak berdekatan dengan tadika je sambil melaungkan selawat......

Suasana yang sunyi sekitar Persiaran Rajawali digimitkan dengan suara anak2 Al-Anfal melaungkan selawat.... sehingga ada pakcik2 yang memfokuskan sementara ke arah anak-anak Al-Anfal memberi reaksi senyum meleret......hihihi.

Event diteruskan dengan sambutan ulangtahun kelahiran untuk anak-anak Al-Anfal yang menyambutnya dalam bulan Januari.  Terima kasih pada ibu-ibu yang sponsor makanan enak-enak.  Siap ada aiskrim booth lagi........



Nak gambo lagi???? layarilah di halaman "Galeri"....

Khamis, 12 Januari 2017

Mesyuarat Bersama AJK Al-Anfal

Hari ni, tanggal 14 Rabiul Akhir 1438H bersamaan 12hb Jan 2017, mesyuarat yang pertama bagi 2017 telah diadakan bersama AJK Al-Anfal.  Ada beberapa usul telah dibentangkan bagi memastikan kelancaran program pendidikan 2017 dapat dilaksanakan.  Faktor ruang belajar juga dipertimbangkan memandangkan pertambahan murid pada tahun ini yang amat memberansangkan. Terima kasih pada ibu bapa yang masih memberi kepercayaan kepada Al-Anfal untuk membimbing anak-anak mereka.

Program ukhuwah antara AJK, guru-guru dan ibubapa juga dalam perancangan.  Kualiti pendidikan anak-anak juga dipertimbangkan bagi memastikan tidak tergelincir dari landasan pendidikan yang ditetapkan oleh jabatan.

Semoga Allah mempermudahkan kami dalam merealisasikan apa yang telah dibentang dan dirancangkan bagi tahun 2017.  Apa-apa pun, kami redho dengan ketentuannya.  Yang paling utama, AMANAH yang guru-guru Al-Anfal pikul dan TANGGUNGJAWAB yang digalas oleh AJK sebagai tulang belakang dapat dilaksanakan bagi memastikan matlamat ibu bapa melihat anak-anak mereka menjadi insan soleh dan solehah yang berilmu.

Tu diaa....Pengerusi dan AJK sedang fokus dalam topik yang dibentangkan.

Rabu, 11 Januari 2017

Keriangan Mula Berputik

Dua minggu telah pun berlalu selepas alam persekolahan 2017 kick off......Barulah dapat update blog.  Huhuhu...sibuk amek2.

Alhamdulillah..insiden airmata tak lah seteruk mana....hanya 2~3 pelajar sahaja yang menunjuk emosi sedihnya.  Kenalah bagi umpan tanyangan gambar kesukaan masing-masing, sementara kakitangan tadika berurusan dengan ibu bapa.  Selepas sehari dua...masing2 dah OK....serasi bersama.
Tak kurang juga yang excited, sehinggakan merayu ibunya supaya pulang...."Tak payahlah ibu tunggu....pegilah balik".  Hihihi, kecik-kecik dah pandai berdikari.

Minggu ni kecerian dan keseronokan dah mula berputik di kalangan pelajar.  Kami selitkan aktiviti moto kasar sebagai platform untuk anak-anak didik Al-Anfal lebih ceria......
Jom layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan.