Isnin, 1 Ogos 2016

Ringkasan Peristiwa Tadika 2016 (Bil.2)

Dek kerana tiada fasiliti untuk akses, lama sangat admin tak dapat nak update laman blog nie. Banyak juga program dan aktiviti-aktiviti yang tak dapat dirakamkan.  Pihak admin mohon maaf sekiranya ada rakaman memori yang tak dapat dikongsikan disini. 
Alhamdulillah, pihak pengurusan tadika telah membekalkan laptop terpakai bagi memudahkan admin untuk meneruskan coretan peristiwa.

Ok lah.....lets go through the screen yang dapat dikongsikan secara ringkas......

1) Rawatan Pergigian
Ini ialah program pergigian yang kali kedua telah diadakan pada tahun ni.

Berbagai ragam dapat disaksikan.  Ada yang kejang dan kaku dek kerana takut.  Tak kurang juga ada yang merengek.  Tapi, ramai juga yang dapat menghadapinya dengan tanpa masalah.  Apa-apa pun, syabas semua anak-anak didik Al-Anfal kerana berjaya mengharunginya.  Sila layari aksi-aksi yang dapat dirakamkan di ruangan Galeri


2) Perjumpaan ibu bapa dan guru
Tiada rakaman dapat dikongsikan bagi program ini.  Tiada petugas yang dapat merakamkan sebarang aksi semasa program berjalan.  Almaklumlah, sibuk melayan ibu bapa yang hadir dan menanyakan berbagai  soalan hi hi hi.....
Perjumpaan tersebut telah diadakan pada 13 Ogos 2016 bagi semua guru berkongsi perkembangan anak-anak Al-Anfal dengan ibu bapa.  InsyaAllah, program yang sama juga akan diadakan pada bulan November bagi penilaian akhir tahun anak-anak Al-Anfal.

3) Seperti biasa, program sepanjang tahun yang kerap kali diadakan bagi meraikan ulangtahun kelahiran anak-anak Al-Anfal.




Pihak admin ingin memohon maaf sekiranya ada anak-anak Al-Anfal yang sambut ulangtahun kelahirannya di tadika tetapi gambarnya tidak dapat dipaparkan di sini.  Ampun beribu-ribu ammmpuunnnnn....huhuhu

4) Pada tahun ini,  Al-Anfal telah menerima seorang guru praktikal dari Kolej Uniti.  Beliau diletakkan dibawah penyelian Cikgu Salawati sepanjang praktikal berjalan.  InsyaAllah, dengan adanya program sebegini, guru-guru sedia ada dapat menimba kaedah-kaedah baru dari guru praktikal disamping dapat mencurahkan pengalaman dan mendidik guru-guru praktikal sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pendidikan sebenar.



5) Hari raya Aidilfitri tahun ini, ada ibu-bapa yang menganjurkan rumah terbuka khas untuk anak-anak Al-Anfal.  Pihak tadika ingin mengucapkan terima kasih atas jemputan tersebut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan