Jumaat, 20 November 2015

Program lawatan 2015

Selepas ditunda pada bulan September lepas disebabkan jerebu, program lawatan tadika dapat juga diteruskan pada tanggal, 18hb Nov 2015.  Kali ini, destinasi yang dipilih ialah Melaka Tropical Fruits Farm di Sungai Udang dan destinasi kedua ialah di Madu Lebah Ayer Keroh.
Setelah semua berkumpul di Tadika Al-Anfal, bas pun mula bergerak ke destinasi pertama pada jam 8:45pagi.  Tiba di destinasi lebih kurang pukul 10:10pagi.
 


Inilah tram yang dinaiki oleh kami.


Selepas urusan daftar masuk selesai, semua delegasi dibawa melawat ke keseluruhan kawasan Melaka Tropical Fruit Farm dengan menaiki tram.  Maka, bermulalah satu episod pengalaman yang menyeronokkan bagi anak-anak.  Cikgu pun sama juga......


Antara aktiviti yang disediakan oleh tuan rumah ialah, penerangan terhadap beberapa jenis tanaman dan buah-buahan.  Bila ditunjukkan rupa buah melaka...."oooo..ini rupanya buah melaka".

Kami juga dihidangkan dengan bermacam-macam jenis buah-buahan. 

Pertandingan melukis juga disediakan untuk anak-anak menunjukkan bakat masing-masing.  Tapi kenapa pula cikgu yang dapat kedudukan pertama dan kedua? hihihi....cikgu pula yang beria-ia.....




Anak-anak juga dibenarkan untuk bergurau senda bersama dengan beberapa ekor arnab.  Teruk juga arnab tu kena kerumun dek budak-budak tu....kesian arnab tu..huhuhu.






Selepas selesai makan tengahari dan menunaikan solat Zohor, perjalanan diteruskan semula ke destinasi yang kedua iaitu menjenguk pameran lebah yang terletak di Ayer Keroh.

Anak-anak diberi peluang melihat sendiri sarang kelulut dan juga dapat merasai sendiri berbagai-bagai jenis madu yang dah dicampur.
Anda boleh melayari dalam pautan yang bertajuk "Lawatan 2015" di halaman galeri untuk menyaksikan lebih banyak lagi aksi-aksi yang sempat dirakamkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan