Jumaat, 20 November 2015

Kursus Induksi Pra-sekolah

Bagi menyediakan guru yang berkebolehan dalam mengharungi cabaran dan tuntutan pendidikan masa kini, pihak tadika akan menghantar guru-gurunya menghadiri kursus induksi pra-sekolah yang akan diadakan pada 22 & 23hb November 2015 bertempat di pejabat Ikram Seri Kembangan.
Guru yang akan menyertai kursus tersebut ialah: -
1) Cikgu Salawati
2) Cikgu Hazlina

Program lawatan 2015

Selepas ditunda pada bulan September lepas disebabkan jerebu, program lawatan tadika dapat juga diteruskan pada tanggal, 18hb Nov 2015.  Kali ini, destinasi yang dipilih ialah Melaka Tropical Fruits Farm di Sungai Udang dan destinasi kedua ialah di Madu Lebah Ayer Keroh.
Setelah semua berkumpul di Tadika Al-Anfal, bas pun mula bergerak ke destinasi pertama pada jam 8:45pagi.  Tiba di destinasi lebih kurang pukul 10:10pagi.
 


Inilah tram yang dinaiki oleh kami.


Selepas urusan daftar masuk selesai, semua delegasi dibawa melawat ke keseluruhan kawasan Melaka Tropical Fruit Farm dengan menaiki tram.  Maka, bermulalah satu episod pengalaman yang menyeronokkan bagi anak-anak.  Cikgu pun sama juga......


Antara aktiviti yang disediakan oleh tuan rumah ialah, penerangan terhadap beberapa jenis tanaman dan buah-buahan.  Bila ditunjukkan rupa buah melaka...."oooo..ini rupanya buah melaka".

Kami juga dihidangkan dengan bermacam-macam jenis buah-buahan. 

Pertandingan melukis juga disediakan untuk anak-anak menunjukkan bakat masing-masing.  Tapi kenapa pula cikgu yang dapat kedudukan pertama dan kedua? hihihi....cikgu pula yang beria-ia.....




Anak-anak juga dibenarkan untuk bergurau senda bersama dengan beberapa ekor arnab.  Teruk juga arnab tu kena kerumun dek budak-budak tu....kesian arnab tu..huhuhu.






Selepas selesai makan tengahari dan menunaikan solat Zohor, perjalanan diteruskan semula ke destinasi yang kedua iaitu menjenguk pameran lebah yang terletak di Ayer Keroh.

Anak-anak diberi peluang melihat sendiri sarang kelulut dan juga dapat merasai sendiri berbagai-bagai jenis madu yang dah dicampur.
Anda boleh melayari dalam pautan yang bertajuk "Lawatan 2015" di halaman galeri untuk menyaksikan lebih banyak lagi aksi-aksi yang sempat dirakamkan.

Ahad, 15 November 2015

Majlis Ihtifal 2015 Tadika Al-Anfal & Al-Ihsan

Dengan izin Allah, Majlis Ihtifal 2015 berlangsung seperti yang dijadualkan.  Kali ini, Dewan Aspirasi Lavender Height dipilih sebagai venue bagi menyempurnakan acara tahunan yang menjadi kewajipan dalam menterjemahkan penghargaan ke atas usaha anak-anak.
 
Ia adalah saat kemuncak anak-anak di alam pendidikan awal dalam mempersiapkan diri mereka sebelum mereka melangkah ke alam pendidikan yang lebih mencabar.
Sudah menjadi matlamat seorang guru ingin melihat anak didik mereka mempunyai bekalan yang dapat menampung keperluan akademi dan sahsiah diri dalam menempuh alam yang lebih matang.
Majlis diserikan dengan mesej yang disampaikan oleh tetamu kehormat
 
 
Seperti kebiasaannya, anak-anak menyampaikan persembahan mereka.  Macam-macam ragam yang dipersembahkan sebagai menu tontonan bagi tetamu yang hadir.  Ada yang akur mengikut arahan seperti yang dilatih dan tak kurang juga ada yang berubah kerakter setelah berada diatas pentas.  Apa-apa pum, ia hanya satu resepi dalam menghidupkan majlis ini.
 
 
Acara yang menjadi satu kewajipan, iaitu penyampaian sijil kepada anak-anak yang terlibat.
 
 
 
Akhir kata, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua guru-guru dan individu-individu yang terlibat dalam menjayakan acara tahunan yang bersejarah ini.
 
 
 


Jumaat, 13 November 2015

Majlis Ihtifal 2015

Majlis Ihtifal 2015 akan diadakan pada 14 Nov 2015 bersamaan 2 Safar 1437 hijrah bertempat di Dewan Aspirasi Lavender Height.
Di majlis inilah anak-anak akan diberikan penghargaan dan anugerah setelah hampir 11 bulan memberikan komitmen dan kesungguhan dalam pembelajaran masing-masing.
Ibu bapa juga akan dihidangkan dengan persembahan dari anak-anak setelah berhempas pulas guru-guru melatih mereka untuk memberikan yang terbaik.

Isnin, 26 Oktober 2015

Pendaftaran 2016

Pendaftaran bagi tahun 2016 telah dibuka.
Khidmat jagaan lebih masa juga disediakan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: -
Pn. Rashidah - 019 3056170

Pn. Azlina - 012 6735909
Pn. Salawati - 019 651 9344
DAFTAR SEGERA......TEMPAT ADALAH TERHAD!!!