Selasa, 22 November 2016

Majlis Ihtifal 2016

Inilah event yang tak boleh miss dalam kalendar mana-mana tadika.  Satu-satunya event yang menterjemahkan rasa penghargaan diatas kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak didik sepanjang tahun menyerap segala didikan yang diberikan oleh guru-guru.

Kali ini, venue yang dipilih ialah di Dewan D'Ark Taman Sri Kasih Senawang.  Alhamdulillah....dapat gak menampung audience yang hadir.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh bapa salah seorang anak didik tadika.

Puan Minah Ahmad, Ketua Wanita Ikram N. Sembilan dan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadika Al-Anfal, sekali lagi diberi penghormatan bagi memberi ucapan pembukaan sekali gus merasmikan Majlis Ihtifal 2016.

Banyak mesej-mesej penting yang disampaikan oleh beliau terutama peranan warga pendidik dalam menghadapi gelombang pendidikan yang baru.

Setelah selesai ucapan perasmian, tibalah masanya anak-anak berkeletah di hadapan hadirin memberikan persembahan.
 













Akhir sekali, penyampaian sijil dan cenderamata dari pihak tadika kepada semua anak-anak didik.  Maaf, gambar tak sempat nak dirakamkan.

Penutup majlis disudahi dengan penyampain cenderamata dari Guru Besar tadika yang baru kepada Puan Minah Ahmad sebagai tanda penghargaan.











Jumaat, 18 November 2016

Persiapan Majlis Ihtifal 2016







Para guru sibuk membuat persiapan majlis Ihtifal yang dijadualkan esok 19hb Nov 2016.
Semoga keceriaan dewan dapat memeriahkan lagi majlis pada esok hari.  Terima kasih pada semua guru-guru yang terlibat.












Ahad, 13 November 2016

Takziah.....Keluarga adik Alma dan adik Nabihah

Hari ni, 13hb Nov 2016, bersamaan 13 Safar 1438 pihak tadika dimaklumkan bahawa bapa kepada dua adik beradik pelajar Al-Anfal iaitu adik Alma dan Adik Nabihah telah kembali ke rahmatullah.

Pihak tadika mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga dan kami mendoakan supaya adik Alma dan adik Nabihah tabah dan cekal menghadapinya.  Semoga mereka terus istiqamah memikul amanah dan tanggungjawab sebagai anak-anak yang solehah dan sentiasa mendoakan untuk arwah bapanya.
 
 

Selasa, 8 November 2016

Majlis Ihtifal 2016

Hari bersejarah, Majlis Ihtifal Tadika Al-Anfal 2016 bakal tiba.  Setelah sepanjang tahun mengikuti pembelajaran, tibalah masa untuk hari penghargaan diraikan untuk anak-anak didik Al-Anfal.  Tunggulah saatnya.................