Setelah selesai memerah otak menjawab kertas penilaian minggu lepas, anak-anak didik Al-Anfal diberi peluang untuk menunjukkan kreativiti mereka. Tangan mereka yang comel-comel and halus, dicomotkan dek tanah liat. Kreativiti mereka diterjemahkan dalam bentuk ukiran seramik yang dihasilkan oleh mereka sendiri dan dibawah tunjuk ajar oleh En.Mohd Faizul dan Puan Khairiah.
Selepas diberi tunjuk ajar, semangat anak-anak didik Al-Anfal terus memacu tangan-tangan halus mereka untuk menghasilkan produk mengikut acuan kreativiti mereka.
Macam-macam kerenah......ada yang pause sebentar dan memerhati rakan-rakan yang lain bagi menyeru ilham dan idea.