Jumaat, 9 September 2016

PENDAFTARAN 2017

Daftar segera bagi menempah tempat bagi sesi 2017
Khidmat jagaan lebih masa juga disediakan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: -

Cikgu Salawati - 019 668 9344
Cikgu Hazlina - 013 689 5809
Cikgu Atikah - 014 664 0083
Tadika - 011 1055 6410

Rabu, 7 September 2016

Haji Cilik 2016

Tak lama lagi, semua umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidul Adha.  Mana yang rezeki dah sampai, berasa seronok dapat pergi menunaikan haji tahun ini.  
Bagi memberi peluang si cilik menimba pengalaman dan merasai suasana haji, Persatuan Tadika Islam Negeri Islam menganjurkan Simulasi Haji Cilik pada 7hb Sep 2016 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.
Tadika Al-Anfal juga tak ketinggalan untuk menghantar pak dan mak haji masing-masing.
Mereka hadir lengkap dengan berpakaian seperti jemaah haji, melakukan tawaf dan juga melontar.   
Kalau dalam situasi sebenar, waris haji akan mengiring para jemaah berkumpul di Kompleks Haji Kelana Jaya sebelum berangkat naik kapal terbang ke Tanah Suci.  Dalam simulasi ini pula, waris boleh berada berhampiran memerhati anak masing-masing 







Jumaat, 2 September 2016

Program Running Kidz & Karnival Pendidikan 2016.

Dengan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, satu program telah diadakan di KipMart Seremban pada 25 Ogos 2016.  Tadika-tadika dari seluruh pelusuk Negeri Sembilan hadir bersama anak-anak didik mereka bagi menyertai program tersebut.
Environment KipMart yang selama ni sunyi sepi tak kiralah samada siang atau malam, tiba-tiba hiruk pikuk dek anak-anak tadika semua.  Apa-apa pun, keadaan dapat dikawal sebaik mungkin oleh guru-guru pengiring.  
Antara acaranya ialah senamrobik....haaa yag ni dah tentu meriah.  Ada juga sesi ceramah kesihatan...huhuhu, bab ni, anak-anak dah mula panas punggung.  They not pay attention....hihihi..