Sabtu, 12 Mac 2016

Sukan Tahunan 2016

Selepas berhempas pulas berlatih, saat yang ditunggu-tunggu tiba pada hari kejohanan.  Itulah kemuncak bagi anak-anak menunjukkan semangat juang dalam perlumbaan.    Kesungguhan yang diserlahkan membuktikan yang mereka berusaha sedaya upaya dalam mencipta kemenangan.
Alhamdulillah, kejohanan pada tahun ni mendapat kerjasama dari semua pelajar.  Kejohanan dapat dijalankan dengan cukup meriah.  Tak lupa juga, terima kasih kepada semua ibu-bapa yang hadir sebagai penyokong yang terhebat bagi anak-anak mereka.


 
Anda boleh singgah ke halaman galeri bagi melayari lebih banyak lagi rakaman-rakaman aksi anak-anak yang sempat dirakamkan.

Jumaat, 11 Mac 2016

Ringkasan Peristiwa Tadika 2016 (Bil.1)

Bagi mendidik disiplin diri anak-anak dalam penjagaan gigi, program penjagaan gigi diadakan dengan kerjasama pihak kesihatan.  Taklimat dan demonstrasi menggosok gigi diberikan oleh jururawat yang didatang khas bagi tujuan tersebut.




Melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Ibu-bapa mengimpikan anak-anak yang diamanah oleh Allah supaya terdidik dalam landskap akidah yang menjurus mereka menjadi anak yang soleh.  Sehubungan dengan itu, pihak tadika juga cuba memainkan peranan sebagai warga pendidik dalam memastikan anak-anak merutinkan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh semua umat Islam.  Latihan secara praktikal cara berwudhuk dan solat juga diselitkan dalam senarai pembelajaran anak-anak.
 
 
 
 
Antara slot yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak.......sambutan HARI LAHIR!!! yeaa.....anak-anak bersorak keriangan.

Seramai 4 orang pelajar berkongsi keriangan dalam meraikan hari ulangtahun bersama rakan-rakan mereka.